Gua Kerbau, Kedah merupakan gua batu kapur, terletak di Kodiang,Jitra 50 km dari bandar raya Alor Setar. Terdapat sebuah batu besar yang menyerupai kerbau itu turut kaya dengan pelbagai informasi sejarah.
Terdapat beberapa anak tangga dan sebaik sahaja memasuki gua tersebut, suasananya yang gelap dan dingin akan mula dirasai. Di dalamnya banyak tahi burung kelawar yang bersarang di stalagtit dan stalagmit.
Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Zainol Husin menyatakan bahawa bukit batu kapur itu membentuk ‘topografi mogot’ di kawasan yang dikelilingi oleh enapan aluvium. Warna batunya cerah kelabu. Topografi di bahagian utara merupakan tebing yang lebih landai.
Gua Kerbau ini dianggarkan terbentuk sejak 200 hingga 300 juta tahun lalu. Penemuan alat-alat batu zaman neolitik di dalamnya membukti ada masyarakat purba pernah tinggal di sini buat beberapa lama.Tembikar berkaki tiga yang mempunyai persamaan dengan penemuan di Bukit Tungku Lembu, Perlis dan di Bankao, Thailand juga ditemui.
Gua Batu Putih terletak kira-kira 200 meter arah laut Gua Kerbau, terdapat lukisan-lukisan yang berbentuk manusia dan binatang .Lukisan itu dilukis oleh masyarakat Orang Asli yang pernah tinggal di situ.[1]