Hidden Gems di Pokok Sena : Hamsha Village

HIDDEN GEMS DI POKOK SENA, KEDAH

Hangpa tengah cari tempat untuk berkumpul satu keluarga? Ni min nak suggest Hamsha village kat hangpa, Tempat percutian dalam kampung yang sangat best & menenangkan. Sesuai untuk yang ingin rehatkan diri dari hiruk-pikuk kota. Suasana nyaman jaa dikelilingi dengan sawah padi kat sini ada pelbagai jenis bilik penginapan. Hangpa boleh pilih ikut keselesaan hangpa.

Harga bermula dari Rm50-Rm500 mengikut bilik yang hangpa pilih

Jenis bilik/ penginapan di Hamsha Village:

– 1 unit Banglo 6 bilik dilengkapi private pool (namun yang dah ready untuk guest hanya 3 bilik buat masa sekarang)

– setiap bilik dilengkapi penghawa dingin, bilik air & tandas.

– 2 unit chalet kayu

– dilengkapi penghawa dingin, bilik air & tandas.

– 1 unit rumah besi

– dilengkapi penghawa dingin, bilik air & tandas.

– 1 unit tiny house

– dilengkapi penghawa dingin, bilik air & tandas.

– 1 unit rumah pokok

– hanya terdapat kipas & lampu sahaja.

Yang bestnyaa di Hamsha Village ni ruang parking luas. Antara aktiviti yang hangpa boleh buat kat sini adalah memancing ikan, boleh memancing secara percuma , tetapi kelengkapan perlu dibawa sendiri. Jika dapat ikan, ikan boleh diambil secara percuma. Hangpa juga boleh naik sampan di kolam: sampan kecil disediakan. Sewa sampan RM10 dan boleh naik max 4 orang untuk 30 minit. Selain tuu, hangpa boleh BerBBQ bersama keluarga jugak kat sini

Address: batu 17, jalan naka, bendang lanjut, 06400 Pokok Sena, Kedah

Phone: 012-353 9574

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *