Masjid Al Busyra Merbok

MASJID ESTETIK MESRA MUSAFIR ALA-ALA RNR DI KEDAH

Masjid berkonsepkan RNR (rebat dan rawat) seperti kawan rehat Di lebuhraya. Tiada Pagar , tiada dinding . DIBUKA 24 JAM untuk orang awam menggunakan segala kemudahanya.

lokasi yang terletak di antara Tanjung Dawai dan Yan menjadi MASJID mesra musafir pertama di Negeri Kedah.

apa lagi kemudahan yang terdapat di masjid Al busyra , merbok ini ?

ANTARANYA ADALAH

telaga wakaf (boleh amik air sebanyak mana)12

air coway

mini mart

tempat cuci kereta

medan selera, cafe & bistro (masakan melayu,western&Arab)

ruang rehat

tandas 24jam

dataran masjid

kedai gunting rambut

spa muslimah

kedai telco

dobi

kedai dessert

segala sumbangan yang diterima masjid ini akan dibelanjakan untuk kemudahan masyarakat. dibuka 24jam siang Dan malam memudahkan para musafir . disediakan Taman permainan , dipercantikkan kawasan sekeliling . ada CCTV di setiap penjuru kawasan.

tandas diperindahkan , kemudahan untuk muslimah amik wuduk . disediakan tempatan HEALING berhadapan dengan kubur supaya meningati mati.

majid yang memudahkan dengan segala keperluan masyarat ataupun musafir ini Memberi peluang untuk Penduduk sekitarnya mencari rezeki Dan mencipta perkejaan secara tidak langsung dan yang syoknya Kadar sewa Kedai yang rendah.

sekiranya anda ada melalui kawasan merbok,Kedah singgahlah Dan berehatlah ada di sini.

GOOGLE MAPS/WAZE : MASJID AL BUSYRA , MERBOK KEDAH JALAN MERBOK – TANJUNG DAWAI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *