Masjid Zahir, Masjid tertua di Malaysia

Sejarah Pembinaan Masjid Zahir, Alor Setar

Masjid Zahir, salah satu masjid tercantik dan tertua di Malaysia, terletak di tepi Sungai Kedah di Alor Setar. Pembinaannya dimulakan pada hari Isnin, 11 Mac 1912 (22 Rabiul Awwal 1330) atas usaha Almarhum Tunku Mahmud ibni Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah. Masjid ini siap dibina dalam masa tiga tahun dan dirasmikan pada hari Jumaat, 15 Oktober 1915 (16 Zulhijah 1333) oleh Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Tapak Bersejarah

Masjid ini dibina di atas tapak Masjid Lama yang didirikan pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Muadzam Syah II (Marhum Kota Setar). Tapak ini juga merupakan tempat pengebumian 1,489 orang syuhada yang gugur mempertahankan Kedah daripada serangan Siam pada tahun 1821.

Struktur dan Rekaan

Masjid Zahir terletak di atas tapak seluas kira-kira 37.6m x 37.6m, dengan dewan sembahyang berukuran 18.8m x 18.8m dikelilingi oleh beranda selebar 2.4m yang memiliki empat anjung, masing-masing dengan satu kubah dan menara kecil dipanggil “Menara Serambi.” Menara di bahagian timur telah diubahsuai menjadi lebih tinggi daripada yang lain, sementara menara utamanya terletak di timur laut bangunan masjid. Masjid ini telah mengalami dua kali pengubahsuaian, iaitu pada tahun 1960 dan 1975, di mana beberapa bahagian diperbaharui. Terdapat pendapat yang menyatakan senibina Masjid Zahir dipengaruhi oleh senibina Timur Tengah (Khartoum dan Mesir), dibawa oleh Almarhum Tunku Mahmud setelah kepulangannya dari sana, kerana baginda sangat menyintai agama. Ada juga pendapat lain yang mengatakan sebelum merangka pelan masjid ini, satu rombongan telah dihantar oleh Tunku Mahmud ke Sumatera Utara untuk melihat Masjid Aziziah di Kota Tanjong Pura sebagai inspirasi bagi masjid yang cantik (Kota Kuala Kedah, Koleksi Muzium Negeri Kedah).

Kubah

Kecantikan dan keunikan sesebuah masjid itu sering dikaitkan dengan keadaan rekabentuk kubahnya.Kubah Masjid Zahir amat berbeza dengan kubah masjid masjid lain yang bercorak tradisi atau kemelayuan yang terdapat didalam negara ini.

Masjid Zahir menonjol dengan senibina unik, berbeza dari masjid tradisional yang biasanya menggunakan atap tumpang berlapis tiga. Kubahnya yang berbentuk seperti bawang besar mencerminkan pengaruh luar dari Timur Tengah (Khartoum dan Mesir) serta Utara Sumatera, menjadikannya salah satu masjid paling menarik di Malaysia. Masjid ini memiliki empat kubah utama, dengan kubah induk terletak di tengah-tengah bumbung masjid, berukuran 148.5 m garis pusat dan 9.1 m tinggi, diapit oleh tiga kubah sederhana berukuran 52.8 m garis pusat dan 49.5 m tinggi. Kubah-kubah ini dibina menggunakan batu-bata dengan lapisan luar tembaga dan siling berturap di dalamnya. Puncak kubah berbentuk bulan sabit yang mengarah ke kiblat, menjadi simbol utama senibina keislaman. Kubah besar berfungsi sebagai pemerangkap cahaya untuk menerangi ruang masjid, dengan tingkap kecil bercorak geometri biru dan putih yang memantulkan cahaya. Bahagian dalam kubah dihiasi dengan corak kebiruan dan kalimah ALLAH di tengahnya.

Pintu Masjid

Pintu Masjid Zahir adalah setinggi 5.23 meter, lebarnya 1.36 meter dan setebal 11 cm.

Bilangan dedaun pintunya ialah sebanyak 6 keping (3 pasang). la dikatakan di buat di Negeri China dan dibawa dengan tongkang pada tahun 1912 dan siap dibuat dan dipasang di Masjid Zahir pada tahun 1915. Kayu serta besinya juga adalah dari Negeri Kedah, (lombong bijih besi Sg. Batu Merbok).

Rekabentuknya adalah ilham dari Sultan Mahmud sendiri. Bilangan skru besar yang mengukuhkan daun pintu dengan ensel yang tersusun secara melintang ialah sebanyak 6 biji skru yang dikatakan melambangkan 6 Rukun Iman.

Masjid Zahir memiliki elemen seni bina unik yang melambangkan aspek penting dalam Islam. Skru besar menegak sebanyak lima biji melambangkan 5 Rukun Islam. Di bahagian atas masjid, terdapat bentuk kotak segi empat dengan 15 ketul kayu kecil di setiap sisi, menjumlahkan 30 ketul yang mewakili hari dalam sebulan dalam kalender Hijrah. Pada pintu tengah, terdapat tiga bulatan dengan ketul kayu; bulatan luar mengandungi 12 ketul kayu yang melambangkan 12 bulan Hijrah dalam setahun.

Manakala bulatan yang agak kecil didalamnya terdapat ukiran bunga-bungaan sebanyak 17 ketul yang agak kecil didalamnya diambil dari kiraan rakaat solat fardhu yang wajib dilakukan dalam sehari semalam iaitu 17 rakaat kesemuanya.

Pintu yang penuh simbolik ini direka sedemikian rupa kerana mengikut kepercayaan adat orang-orang dahulu pintu adalah gambaran apa yang terdapat didalam rumah atau masjid tersebut.

Tiang

Masjid Zahir mempunyai keunikan tersendiri antaranya ialah ia mempunyai tiang yang banyak. Terdapat kira-kira 261 batang tiang secara keseluruhannya. Tiang-liang ini diperbuat daripada bata bata dan simen.

Senibina Masjid Zahir banyak dipengaruhi oleh senibina masjid dari India yang sering menggunakan tiang yang banyak, dengan empat jenis tiang utama: Tiang Sebatang Tanpa Kembar, Tiang Berkembar Dua, Tiang Berkembar Tiga, dan Tiang Berkembar Empat. Tiang tanpa kembar terletak di koridor dengan jarak 2.03m antara tiang, manakala di koridor kiri jaraknya antara 1.8m hingga 2.4m. Di ruang utama, jarak antara tiang ialah 1m dengan diameter sebesar sepemeluk. Tiang berkembar empat digunakan untuk menahan berat kubah besar, diambil daripada bentuk “corinthian” senibina Greek yang dihias dengan ukiran daun “Acacthus.” Penggunaan tiang yang banyak bertujuan menguatkan struktur masjid, dengan tiang di koridor baru dibina untuk menahan tempias air hujan dan cahaya matahari.

Mimbar

Di dalam setiap masjid terdapat mimbar yang terletak di sebelah kanan masjid. Mimbar masjid adalah salah satu elemen seni bina yang penting. Mimbar masjid ini merupakan mimbar asal sejak ia mula dibina lagi.

Mimbar Masjid Zahir, berwarna coklat semula jadi, dihiasi dengan corak bunga lawang dari pengaruh Nusantara dan corak “arabes” pada dinding sisinya, terletak di sebelah kanan mihrab. Dibuat oleh tukang kayu tempatan, mimbar ini menonjolkan ukiran tangan berkonsepkan kesenian Melayu dengan bunga-bungaan dan tumbuhan yang diadun dengan bentuk geometri. Dibuat daripada kayu keras, mimbar ini telah bertahan hingga kini dan digunakan untuk imam atau khatib membaca khutbah pada hari Jumaat, Hari Raya Aidilfitri, dan Hari Raya Aidiladha. Mimbar ini asli dengan lima anak tangga, melambangkan Rasulullah SAW di tangga teratas dan empat sahabat utama (Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar Al Khattab, Sayyidina Uthman, dan Sayyidina Ali) pada tangga berikutnya, mengikuti tradisi zaman Rasulullah SAW yang hanya mempunyai lima tangga mimbar.

Mihrab

Mihrab ialah satu ruang yang berada di bahagian paling hadapan bangunan masjid yang terletak di bahagian dalam masjid. la merupakan tempat bagi imam mengetuai jemaah untuk menunaikan solat.

Kedudukan Mihrab ialah menghala ke arah kiblat. Terdapat satu kelainan pada Masjid Zahir iaitu ia mempunyai dua mihrab yang mempunyai bentuk serta kedudukannya pula sama.

Mihrab yang baru dibina yang terletak di bahagian hadapan sekali hanya akan digunakan apabila jemaah terlalu ramai terutamanya pada hari Jumaat, Hari Raya dan bagi acara-acara rasmi negeri Kedah.

Mihrab Masjid Zahir berbentuk melengkung ke dalam, sebuah reka bentuk tradisional yang berfungsi memerangkap dan memantulkan suara imam agar dapat didengari oleh semua jemaah tanpa penggunaan teknologi moden seperti mikrofon. Mihrab ini dihiasi dengan ukiran batu bercorak geometri dan kulit kerang, serta tulisan Khat yang diukir di atas kayu keras, menambah keindahan senibinanya. Di kiri dan kanan mihrab terdapat ukiran bunga Teratai, motif yang menunjukkan pengaruh Nusantara, memperindah lagi mihrab dengan sentuhan seni yang halus dan tradisional.

Gendang

Gendang atau Beduk menjadi sesuatu yang sinonim dengan sesebuah masjid atau surau pada masa dahulu.

Ia dipalu apabila masuknya waktu solat atau juga digunakan sebagal pemberitahuan tentang adanya kematian atau reumpamanya di sesuatu tempat atau di sesebuah kampung.

Gendang Masjid Zahir telah berusia hampir separuh abad. Ia berukuran 3.7m panjang, 0.85m garis rentas bahagian hadapan dan 0.7m garis rentas bahagian belakang.

Panjangnya lebih kurang 14 ke 15 kaki.

Gendang telah dihadiahkan oleh Jawatankuasa Masjid Zahir kepada Lembaga Muzium Negeri Kedah pada tahun 2003. Kini gendang ini tidak digunakan lagi.

Meriam

Terdapat dua pucuk meriam lama di halaman Masjid Zahir yang terletak di pintu arah Utara.Asalnya bilangan meriam kesemuanya adalah enam pucuk.

Kesemua meriam ini diletakkan di sekeliling Masjid Zahir termasuk di hadapan Bangunan Mahkamah Besar yang dibina pada tahun 1092 dipanggil Padang Court.

Dua pucuk meriam sekarang diubah ke kawasan Muzium Negeri dan dua lagi diletakkan di tepi Sungai Kedah. Meriam-meriam ini adalah dikatakan buatan tangan.

Kemudahan

Tempat Wudhu Dan Tandas

Di masjid ini disediakan kemudahan dengan tempat mengambil air sembahyang juga tandas untuk para jemaah lelaki dan perempuan.

Tandas dalam, Masjid Zahir

Ruang tandas dalam, Masjid Zahir

Tandas luar, Masjid Zahir

Kolah Wuduk dalam, Masjid Zahir

Tempat wuduk luar, Masjid Zahir

Bilik Santapan Diraja

Bilik Santapan Diraja Kedah

Medallion

Koleksi Medallion Masjid Zahir boleh dibeli dengan harga RM 30 setiap satu

Pusat Ilmiah & ukhwah

Perpustakaan dan Dewan

Lokasi Masjid Zahir, Alor Setar

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *