Rumah Merdeka Tunku Abdul Rahman wajib dilawati

Rumah Merdeka terletak di belakang Hotel Royale, Jalan Putera, Alor Setar. Pada 27 Mei 1966, rumah ini menjadi tempat pertemuan bagi rombongan Misi Muhibah Indonesia yang dipimpin oleh Laksamana Muda Laut Omar Bakri Staf, bersama-sama dengan Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia Pertama. Pertemuan tersebut bertujuan untuk mengakhiri Konfrantasi Malaysia-Indonesia yang berlangsung sejak tahun 1963. Hasilnya, sebuah perjanjian ditandatangani pada 11 Agustus 1966 di Kuala Lumpur.

sumber : tripadvisor

Asalnya, kawasan ini dimiliki oleh Che Manjalara, ibuanda YTM Tunku Abdul Rahman Putra, yang dihormati sebagai Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia. Tanah ini kemudian diberikan kepada YTM Tunku Abdul Rahman. Pada tahun 1942, semasa Pendudukan Jepun, YTM Tunku Abdul Rahman membina sebuah rumah papan di kawasan ini yang dikenali sebagai Rumah Jalan Baru.

Pada tahun 1953, YTM Tunku Abdul Rahman memilih satu lokasi baru untuk kediamannya. Rumah Papan yang juga dikenali sebagai Rumah Jalan Baru. Ia ditinggikan menjadi tingkat atas rumah baru tersebut.

Pada tahun 1954, YTM Tunku Abdul Rahman, atas nasihat sahabat-sahabatnya seperti Encik Senu Abdul Rahman, Encik Mohd. Khir Johari, dan Encik Tan Cheng Lock, menamakan rumah ini sebagai Rumah Merdeka.

Kos pembinaan Rumah Merdeka dianggarkan sebanyak RM20,000. Selama Pilihanraya Umum 1955, 1959, 1964, dan 1969, rumah ini menjadi tempat YTM Tunku Abdul Rahman merancang strategi politik. Selain itu, YTM Tunku Abdul Rahman banyak menghabiskan masa lapangnya untuk aktiviti penulisan, termasuk menyusun skrip filem Raja Bersiong dan Mahsuri.

Jadi kepada pencinta-pencinta sejarah, Rumah Merdeka merupakan destinasi terbaik untuk dikunjungi.

WAKTU LAWATAN: 9.00 pagi – 5.00 petang (Sabtu-Khamis) Tutup (Isnin & Jumaat)

BAYARAN MASUK: Percuma

LOKASI: Jalan Putra, Bandar Alor Setar, 05150 Alor Setar, Kedah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *