Sejarah
Stesen keretapi Sungai Petani mula dibuka pada tahun 1915 setelah landasan keretapi dari Bukit Mertajam telah dibina hingga ke Alor Setar. Stesen ini seterusnya dibina semula dalam projek pembinaan Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar dan dibuka semula pada 11 September 2015.[1]
Perkhidmatan kereta api
Stesen keretapi Sungai Petani menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu melalui Laluan KTM Komuter Sektor Utara dan KTM ETS.[2]
Melalui Laluan KTM Sektor Utara, stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api merangkumi;
- 18 perlepasan ke Padang Besar dan Butterworth
- 18 ketibaan dari Padang Besar dan Butterworth
Melalui Laluan KTM ETS, stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api merangkumi;
- lima perlepasan ke Padang Besar
- lima ketibaan dari Padang Besar
- empat perlepasan ke Kuala Lumpur Sentral
- empat ketibaan dari Kuala Lumpur Sentral
- satu perlepasan ke Gemas
- satu ketibaan dari Gemas